Saturday 7 March 2015

Hari Yang Dinanti Sudah Tiba!


Hari yang dinanti-nanti oleh bakal juara catur yang cilik sudah tiba!
Kami mewakili warga Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong mengalu-alukan kedatangan para peserta yang mewakili sekolah masing-masing kerana telah memberi sokongan dan juga membantu dalam menjayakan pertandingan catur kebangsaan (national-rated) yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong. Teruja pihak kami apabila jumlah pendaftaran peserta mendapat perhatian yang amat memberangsangkan! Terima kasih kepada pihak yang turut membantu dalam mengiklankan pertandingan ini. Warga kerja sekolah yang sememangnya telah memerah keringat dengan mengorbankan masa dan tenaga demi menjayakan pertandingan ini, pihak sekolah amat berbangga dan amat berterima kasih sekali kerana mempunyai warga kerja yang amat prihatin dalam memberi sokongan yang padu untuk kejohanan ini. Semoga kejohanan yang berlangsung selama 2 hari ini berjalan dengan lancar selancar persiapan yang telah dibuat oleh warga kerja yang terlibat. Kami turut mendoakan kejayaan kepada para peserta cilik yang bakal merangkul gelaran juara di akhir kejohanan ini!

"Have an excellent fight! Win with grace, Lose with dignity"


No comments:

Post a Comment